Wednesday, 23 November 2011

Institut Kemahiran Langkasuka


LATAR BELAKANG INSKIL 

Institut Kemahiran Langkasuka dimiliki oleh Kumpulan SM Langkasuka Sdn.Bhd dan ditubuhkan pada tahun 2001.Institut ini telah diberi pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran , Kementerian Sumber Manusia. Objektif penubuhan Institut ini adalah bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan menyediakan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri dan mengikut standard kemahiran kebangsaan.


KEISTIMEWAAN INSKIL 
  •  Institut Kemahiran Langkasuka ( Inskil )adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat bumiputera iaitu Kumpulan SM Langkasuka yang memiliki pengalaman dalam bidang pendidikan dan kemahiran selama lebih daripada 30 tahun  dan berjaya melahirkan ribuan pelatih yang terlatih dan hampir 95% telah memenuhi pasaran kerja tempatan.
  • Selain itu, Inskil juga mempunyai program kerjasama dengan The Institute Of Motor Industry ( IMI ) yang berpengkalan di United Kingdom  ( UK ) sebagai  'pusat satelit' zon utara 
  • Sijil SKM Tahap 1 , 2 dan 3 Mekanik Kenderaan Motor yang diterima melalui inskil secara automatik layak  dianugerahkan Diploma Automotif oleh IMI United Kingdom.
  • Inskil juga menyediakan kemudahan bengkel baikpulih kenderaan persendirian dan perdangangan untuk dibaikpulih dan mengetuk cat kenderaan secara komersial yang dipanggil ( ketuk magik )
PROGRAM KEMAHIRAN YANG DITAWARKAN 
Pembantu Eksekutif Sistem Komputer ( Diploma )
Mekanik Kenderaan Motor
Juruteknik Sistem Komputer


  • MEKANIK KENDERAAN MOTOR                              : P-115 TAHAP 1 DAN 2
  • JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER                           : P-115 TAHAP 3
  • PEMBANTU JURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER   : IT -020 TAHAP 2, 3 DAN 4 ( DIPLOMA )
  • PEMBANTU TADBIR SISTEM MAKLUMAT            : IT -080 TAHAP 2,3 DAN 4 ( DIPLOMA )
  • JURUTEKNIK ELEKTRIK                                              : C-051 TAHAP 1 DAN 2
  • JURUTEKNIK ELEKTRIK KANAN                              : C-051 TAHAP 3